Sunday 19 February 2012

Guru Tidak Akan Naik Pangat Secara Automatik, Kata Muhyiddin



GEORGETOWN, 18 Feb (Bernama) -- Kenaikan pangkat guru-guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui proses temuduga dan sebagainya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan setelah perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.

"Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana urusan ini telah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil-wakil kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, dekat sini, Sabtu.

Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik sebanyak 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan April ini.

Thursday 9 February 2012

Pertandingan Ping Pong Peringkat Negeri

Dimaklumkan 3 pelajar sekolah ini telah berjaya di peringkat daerah dalam pertandingan Ping Pong dan akan beraksi di Peringkat Negeri pada ketetapan berikut:

Tarikh : 18 Febuari 2012
Hari : Sabtu
Tempat : Daerah Manjung

Semoga sekolah ini akan mengukir nama dalam bidang sukan.

Selamat Berjaya.

Pertandingan Hoki Peringkat Negeri


Lapan pelajar sekolah ini telah terpilih dalam pertandingan hoki ke peringkat negeri. Pelajar tersebut terdiri dari 6 lelaki dan 2 perempuan.

Pertandingan tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16,17,18 & 19 Febuari 2012
Hari : Khamis - Ahad
Tempat : Stadium Hoki Ipoh

Semoga Beroleh Kejayaan

Sambutan Maulidurasul Peringkat Sekolah


Di maklumkan Sambutan Maulidurasul Peringkat Sekolah akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Febuari 2012
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi

Aktiviti :

i. Perarakkan
ii. Ceramah oleh Ustaz Fauzi Alias
(Pejabat Agama Slim River)