Bismillah...
Ya Allah,
Engkau
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Sesungguhnya
aku mohon kepadaMu,
Kau
permudahkan urusanku sepanjang bergelar hambaMu,
Yang
kini berjuang sebagai pendidik demi mencari rezeki halalMu.
Ya
Allah,
Kau
buka kan lah pintu hati para pelajarku,
Ku
mohon agar dilapangkan dada mereka,
Agar
mereka senang beroleh ilmu dan manfaatMu,
Agar
ketaqwaan mereka terhadapMu,
Semakin
hari semakin utuh disanubari.
Ya
Allah,
Kau
buka kan lah pintu hati ku,
Agar
dapat menerima mereka seadaanya,
Melihat
kekurangan anak didikku sebagai satu kelebihan,
Yang
boleh aku bangunkan untuk ke hadapan,
Pejuang
bangsa dan agama.
Ya
Allah,
Kau
perindahkan bahasaku,
Permudahkan
tutur kataku,
Agar
apa yang aku sampaikan kepada anak didikku,
Mudah
untuk diterima oleh semua,
Menjadi
ilmu bermanfaat buat mereka.
Ya
Allah,
Andai
aku pernah menggores perasaan hati anak didikku,
Kau
ampunkanlah dosaku,
Kerana
aku adalah selemah-lemah dan sehina-hina insan,
Yang
kadangkala memenangkan emosi berbanding akal.
Ya
Allah,
Sesungguhnya
aku sangat sayang anak-anak didikku,
Seperti
mana aku sayangkan diriku sendiri,
Aku
tidak mahu mereka alpa,
Mengejar
perkara duniawi,
Sehingga
mereka terlupa,
Apa
matlamat hidup yang sebenarnya.
Ya
Allah,
Aku
mohon padaMu,
Agar
semua anak-anak didikku,
Menjadi
insan yang berguna di dunia mahupun akhirat kelak,
Sesungguhnya
aku juga masih belajar,
Menjadi
pendidik yang senantiasa di bawah redhaMu.
Amin
No comments:
Post a Comment