Monday 26 December 2011

Mesyuarat Guru SKFSK

Mesyuarat Guru SKFSK akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 29.Disember 2011
Hari: Khamis
Masa:9.00 pagi
Tempat: Bilik Gerakan SKFSK

Nota: Semua guru-guru diminta hadir.
Kerjasama semua guru-guru amat dihargai.

Wednesday 23 November 2011

SUMBANGAN KHAS RM100 TAHUN 6


Pada hari ini telah dilaksanakan sumbangan Khas RM100 kepada pelajar Tahun 6 seperti yang diarahkan. Ibu bapa/ penjaga telah hadir ke sekolah untuk urusan berkenaan.

Sunday 20 November 2011

BANTUAN KHAS





Bantuan Khas yang diperuntukan oleh kerajaan kepada semua pelajar sekolah telah disempurnakan pada 18hb November 2011. Ibu bapa telah diberikan taklimat berhubung dengan bantuan khas tersebut. Bantuan wang sebanyak RM100 berjaya disempurnakan mengikut pekeliling yang diedarkan.

Wednesday 16 November 2011

Kegembiraan terpancar UPSR 2011







Tahniah kepada yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2011. Semoga Kejayaan akan menambahkan kekuatan dan semangat dan yang tidak berjaya jangan putus asa. Masih ada peluang dalam peperiksaan seterusnya. Kuatkan semangat dan terus berusaha pasti akan berjaya.

Thursday 10 November 2011

Pendaftaran Pelajar Tahun Enam Ke Tingkatan 1


Perhatian kepada semua ibu bapa pada hari ini semua pelajar-pelajar Tahun Enam sekolah SKFSK akan mendaftarkan diri ke sekolah menengah yang berhampiran untuk kemasukan ke tingkatan satu pada tahun 2012.

Cuti Peristiwa Sempena Hari Anugerah Cemerlang


SK Sg Kelah bercuti pada hari ini sempena Majlis Anugerah Cemerlang yang berlansung semalam.

Wednesday 9 November 2011

Hari Anugerah Cemerlang

Majlis Anugerah Cemerlang SK (F) Sg Kelah akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Khairil Anuar bin. Hj. Aziz. Pengarah Eksekutif GSSB Consulting Sdn. Bhd. & Ahli Lembaga Pengarah Sinergi Perdana Sdn. Bhd. (Konsotium FELDA, FELCRA & RISDA). KAMI MENGALUKAN KEHADIRAN YANG BERBAHAGIA DATO KE SEKOLAH ASAL DATO.

Monday 7 November 2011

Jamuan Ikatan Kasih Guru & Staff

Jamuan Ikatan Guru & Staff SK Sg Kelah anjuran Kelab Kebajikan guru dan staff akan diadakan pada 16 November 2011 (Rabu). Bertempat di Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Masa 8.00 malam. Pengangkutan disediakan sementara guru/staff yang ingin pergi sendiri bolehlah memaklumkan kepada Pengerusi Kelab Kebajikan. Sekian, terima kasih.

Wednesday 2 November 2011

PROGRAM MENDULANG EMAS 2- KARNIVAL NEGERI

Sekolah Kebangsaan Sg. Kelah akan menghantar peserta olahraga peringkat negeri seramai 2 orang. Butiran mengenai kejohanan adalah seperti berikut: Tarikh : 3hb November 2011. Hari: Khamis. Masa: 7.00 pagi. Pengangkutan: Bas disediakan. Naik di SMK Kruit. Tempat: Stadium Indera Mulia Ipoh Perak. Nota: Peserta akan pergi ke stadium dengan menaiki bas yang disediakan oleh PPD Daerah.

Tuesday 1 November 2011

Majlis Anugerah Cemerlang

Majlis Anugerah Cemerlang. DIRASMIKAN OLEH: DATO' KHAIRIL ANUAR BIN HAJI AZIZ. PENGERUSI EKSEKUTIF GSSB CONSULTING SDN. BHD & AHLI LEMBAGA PENGARAH SINERGI PERDANA SDN. BHD (KONSORTIUM FELDA, FELCRA DAN RISDA) Tarikh : 10 November 2011. Hari: Khamis. Tempat: Dewan Sekolah

Friday 28 October 2011

Hari kanak-kanak

Program Hari Kanak-kanak SK Sg. Kelah akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh: 3hb Oktober 2011. Hari : Khamis. Tempat: Sk SG. Kelah. Masa: 8.00pagi.