Tuesday, 9 July 2013

Pelancaran Bulan Kecergasan

Majlis Pelancaran 
Bulan Kecergasan Julai/2013
__________________________________________________________








Pelancaran Ihya Ramadan 2013

Majlis Pelancaran
Program Ihya Ramadan SKFSK 2013
_________________________________________________

Sepanjang Ramadan yang mulia ini, insyaallah, pihak Sekolah dengan usahasama
 Unit Pendidikan Islam/j-QAF Sekolah akan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi memenuhi ruang masa yang ada sepanjang bulan yang berkat ini. Antaranya seperti Tadarus Al-Quran, Solat Sunat Dhuha, PAFA, Iqra,
Kuliah/tazkirah, Kuiz Ramadan dan pelbagai lagi aktiviti yang dirancang khusus buat warga sekolah. diharap program ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dan dapat berjalan dengan baik seperti yang dirancang. Insyaallah....







DWEN (Dasar Warga Emas Negara)

Bertepatan dengan dasar ini (DWEN), kami warga sekolah juga turut menyokong dasar yang amat bermakna ini khususnya dalam menjadikan serta mendidik anak-anak SKFSK menjadi insan yang sentiasa menghormati dan menghargai orang yang lebih dewasa.

Justeru itu, langkah pertama adalah dengan meraikan warga emas yang sudi bersama-sama kami pada setiap pagi jumaat dalam majlis bacaan yasin.







Monday, 8 July 2013

Doa Seorang Guru




Bismillah...

Ya Allah,
Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Sesungguhnya aku mohon kepadaMu,
Kau permudahkan urusanku sepanjang bergelar hambaMu,
Yang kini berjuang sebagai pendidik demi mencari rezeki halalMu.

Ya Allah,
Kau buka kan lah pintu hati para pelajarku,
Ku mohon agar dilapangkan dada mereka,
Agar mereka senang beroleh ilmu dan manfaatMu,
Agar ketaqwaan mereka terhadapMu,
Semakin hari semakin utuh disanubari.

Ya Allah,
Kau buka kan lah pintu hati ku,
Agar dapat menerima mereka seadaanya,
Melihat kekurangan anak didikku sebagai satu kelebihan,
Yang boleh aku bangunkan untuk ke hadapan,
Pejuang bangsa dan agama.

Ya Allah,
Kau perindahkan bahasaku,
Permudahkan tutur kataku,
Agar apa yang aku sampaikan kepada anak didikku,
Mudah untuk diterima oleh semua,
Menjadi ilmu bermanfaat buat mereka.

Ya Allah,
Andai aku pernah menggores perasaan hati anak didikku,
Kau ampunkanlah dosaku,
Kerana aku adalah selemah-lemah dan sehina-hina insan,
Yang kadangkala memenangkan emosi berbanding akal.

Ya Allah,
Sesungguhnya aku sangat sayang anak-anak didikku,
Seperti mana aku sayangkan diriku sendiri,
Aku tidak mahu mereka alpa,
Mengejar perkara duniawi,
Sehingga mereka terlupa,
Apa matlamat hidup yang sebenarnya.

Ya Allah,
Aku mohon padaMu,
Agar semua anak-anak didikku,
Menjadi insan yang berguna di dunia mahupun akhirat kelak,
Sesungguhnya aku juga masih belajar,
Menjadi pendidik yang senantiasa di bawah redhaMu.


Amin


Salam Ramadan

Selamat Melalui Bulan Ramadan kepada semua warga SKFSK khususnya dan semua umat Islam amnya.. moga Ramadan Kali ini memberi banyak pelajaran buat kita semua... Insyaallah.