Monday, 8 July 2013

Doa Seorang Guru




Bismillah...

Ya Allah,
Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Sesungguhnya aku mohon kepadaMu,
Kau permudahkan urusanku sepanjang bergelar hambaMu,
Yang kini berjuang sebagai pendidik demi mencari rezeki halalMu.

Ya Allah,
Kau buka kan lah pintu hati para pelajarku,
Ku mohon agar dilapangkan dada mereka,
Agar mereka senang beroleh ilmu dan manfaatMu,
Agar ketaqwaan mereka terhadapMu,
Semakin hari semakin utuh disanubari.

Ya Allah,
Kau buka kan lah pintu hati ku,
Agar dapat menerima mereka seadaanya,
Melihat kekurangan anak didikku sebagai satu kelebihan,
Yang boleh aku bangunkan untuk ke hadapan,
Pejuang bangsa dan agama.

Ya Allah,
Kau perindahkan bahasaku,
Permudahkan tutur kataku,
Agar apa yang aku sampaikan kepada anak didikku,
Mudah untuk diterima oleh semua,
Menjadi ilmu bermanfaat buat mereka.

Ya Allah,
Andai aku pernah menggores perasaan hati anak didikku,
Kau ampunkanlah dosaku,
Kerana aku adalah selemah-lemah dan sehina-hina insan,
Yang kadangkala memenangkan emosi berbanding akal.

Ya Allah,
Sesungguhnya aku sangat sayang anak-anak didikku,
Seperti mana aku sayangkan diriku sendiri,
Aku tidak mahu mereka alpa,
Mengejar perkara duniawi,
Sehingga mereka terlupa,
Apa matlamat hidup yang sebenarnya.

Ya Allah,
Aku mohon padaMu,
Agar semua anak-anak didikku,
Menjadi insan yang berguna di dunia mahupun akhirat kelak,
Sesungguhnya aku juga masih belajar,
Menjadi pendidik yang senantiasa di bawah redhaMu.


Amin


Salam Ramadan

Selamat Melalui Bulan Ramadan kepada semua warga SKFSK khususnya dan semua umat Islam amnya.. moga Ramadan Kali ini memberi banyak pelajaran buat kita semua... Insyaallah.


Monday, 20 May 2013

BULETIN SEKOLAH

Bermula pada tahun ini. pihak sekolah telah melakukan satu lagi pembaharuan dalam  memastikan segala aktiviti yg dijalankan oleh pihak sekolah dapat dihebahkan kepada seluruh warga Felda Sungai Kelah.

Pihak sekolah telah berbesar hati untuk mewujudkan dan menerbitkan "BULETIN" khusus untuk melaporkan segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah disamping menyampaikan berita-berita atau aktiviti yang bakal dijalankan oleh pihak sekolah untuk memudahkan lagi warga Felda Sungai Kelah khususnya ibu bapa dan penjaga murid untuk mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan sekolah..

Insyaallah, buletin ini akan diterbitkan sebanyak 4 kali setahun denga merangkumkan berita-berita sepanjang tahun dalam 4 kali penerbitan. Semoga dengan penerbitan buletin ini akan mendapat sokongan di kalangan warga sekolah dan ibu bapa serta dapat  memudahkan lagi penyampaian berita-berita mengenai SKFSK... Insyaallah... "USAHA TETAP JAYA"


untuk lebih jelas... klik pada gambar...